DICERITAKAN OLEH SEORANG PEMBACA (TOK DAHAMAN)
YG TINGGAL DI KG SIDAM, KEDAH KPD MAJALAH
IKTIBAR.
Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari
katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin di hujung
kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka
terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu
jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari, tiba di suatu simpang jalan,
mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.
Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak
tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang.
Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak
dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu
bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut
buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara itu,
jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walau
bagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi
jalan. Menurut salah satu drp budak2 itu, rumah mereka telah runtuh
disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di
mana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu.
Sudah sahlah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas
Tok Dahaman.
Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta
dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di
rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu.
Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa
dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan
tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas,
anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening.
Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan
terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat
dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu
mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan
tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana
rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.
Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia
dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian
menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia
sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki. Sebaik sahaja
minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak
syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk di tempat
memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke
dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...).
Syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke
dalam piring dan mangkuk. Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang
bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.
Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu
menjadi tidak tergamak untuk makan. Org ramai pada hari itu menjadi
hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman
dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada
berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia
di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dgn bapa
syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn
gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta
memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan
tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh
melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan
tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai.
Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut
isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama
makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan
keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak
mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh
ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam
sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang
air kecil sambil bergayut di jendela rumah. Akhirnya ibu syaitan
tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama
pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang
ayam yang bersilang di rambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa
syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana
orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat
bersolek. Untuk sehari itu, letih lah mulut mereka menjelaskan kepada
orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu,
terpulanglah orang mahu percaya atau tidak.
Begitulah halnya, keadaan syaitan yang
sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak
makan. Sebelum makan, sebutlah nama Allah... atau sekurang-kurangnya
bacalah BISMILLAH...
No comments:
Post a Comment