Sunday, February 26, 2012

RPH PJ KSSR TAHUN 2

1.

Mata Pelajaran dan Kelas:

Pendidikan Jasmani Tahun 2 LINUS Tegar

2.

Tema / Tajuk:

Pergerakan Berirama – Rangkaian Kreatif

3.

Masa:

7.20 pagi – 7.50 pagi

4.

Objektif Pembelajaran:

Berkebolehan melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut lagu kanak-kanak.

5.

Standard Pembelajaran:

i) 1.5.1 Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo.

ii) 2.4.1 Membezakan kelajuan pergerakan yang sesuai mengikut tempo.

iii) 5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok.

6.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

a. Memanaskan badan.

b. Aktivit 1 - Melakukan kombinasi pergeraan:

· Set 1:

i) Berlari ke depan – 4 kiraan

ii) Mengundur – 4 kiraan

· Set 2:

i) Berskip dengan pasangan – 4x ikut arah jam

ii) Berskip dengan pasangan – 4x ikot lawan jam

c. Aktiviti 2 – Ikut ketua dengan Muzik

· Ketua melakukan rangkaian pergerakan lokomotor mengikut muzik dan ahli kumpulan mengikut pergerakan ketua.

d. Menyejukkan badan.

7.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):

i) TMK : Muzik

8.

Bahan Bantu Mengajar / Alatan:

i) Radio & CD

ii) Tali skiping

iii) Skitel

9.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:

Senarai semak markah berdasarkan persembahan rangkaian kreatif.

10.

Refleksi Pengajaran:

i) Murid dapat menjalankan aktiviti berdasarkan kepada pengalaman mereka sendiri.

ii) Murid menunjukkan minat dan seronok menjalankan aktiviti.

No comments: