Sunday, February 26, 2012

MINIT MESYUARAT PJK

Description: sk jepaklogo2

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JEPAK ( YBA9102 )

d/a, PEJABAT PELAJARAN DAERAH BINTULU,

KM 5, JALAN SULTAN ISKANDAR,

97000 BAHAGIAN BINTULU.

Telefon: 086 - 201273 / 201921 e-mail: Faks: 086-201784

LAPORAN MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

KALI PERTAMA 2012

TARIKH : 2 FEB 2012

MASA : 1.30 PETANG

TEMPAT : 6 MERAH

Kehadiran:

1. Encik Norizan bin Jaidi

2. Encik Zairami bin Ibrahim

3. Encik Wan Khairulfairuz bin Wan Khalid

Agenda:

1. Kata-kata aluan Tuan Pengerusi. (Encik Norizan bin Jaidi)

2. Pemilihan AJK 2012.

3. Pelaksanaan Proses P&P.

4. Persediaan mengajar.

5. Hal-hal lain.

PERKARA

1. Kata-kata aluan Tuan Pengerusi

1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan selamat datang ke perjumpaan yang pertama 2012 dan memperkenalkan ahli Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

1.2 Tuan Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada ahli baru iaitu Encik Wan Khairulfairuz bin Wan Khalid.

1.3 Tuan Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Zairami bin Ibrahim kerana banyak membantu dalam pemilihan atlet olahraga pada tahun lepas iaitu tahun 2011.

2. Pemilihan AJK baru tahun 2012

2.1 Tuan Pengerusi memilih Encik Wan Khairulfairuz bin Wan Khalid sebagai Setiausaha Panatia PJK bagi tahun 2012 dan diterima sebulat suara oleh ahli yang lain.

3. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

3.1 Tuan Pengerusi menerangkan tentang rancangan pengajaran harian (RPH) yang perlu dibuat setiap guru. Cara penulisan RPH perlulah selaras bagi tujuan penyelarasan apabila dipantau pihak atasan. Bagi tahun 3 hingga tahun 6 rancangan pengajaran masih sama iaitu menggunakan format KBSR seperti tahun sebelumnya. Manakala bagi tahun 1 dan 2 menggunakan format baru iaitu KSSR.

3.2 Bagi rancangan pengajaran untuk tahun 1 dan 2, terdapat perbezaan sedikit kerana telah menggunakan sukatan pelajaran baru iaitu Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR).

3.3 Tuan Pengerusi telah menerangkan serba sedikit tentang rancangan pengajaran harian untuk tahun 1 dan 2.

3.4 Tuan Pengerussi juga menerangkan bahawa rancangan pengajaran harian untuk KSSR mempunyai standart kandungan, pembelajaran, elemen EMK dan refleksi hendaklah jelas serta teliti.

3.5 Tuan Pengerusi ada juga menerangkan tentang objektif RPH yang perlu dicapai iaitu bagi subjek Pendidikan Jasmani melibatkat psikomotor, kognitif dan afektif. Manakala bagi subjek Pendidikan Kesihatan hanya melibatkan kognitif dan afektif. Untuk psikomotor perlulah jelas seperti menyatakan bilangan percubaan, jarak dan teknik yang betul digunakan. Bagi kognitif adalah pemahaman intelektual murid dalam pembelajaran. Manakala afeknif adalah nilai-nilai moral yang positif yang diterapkan kepada murik semasa beraktiviti.

3.6 Selain objektif, Tuan pengerusi juga menyatakan tentang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu diterapkan pendekatan unsur maju, pemanasan dan regangan, penerangan sebelum menjalankan aktiviti, dan demonstrasi.

3.7 Menurut Tuan Pengerusi di dalam proses P&P juga perlu dipelbagaikan dengan melibatkan aktiviti individu, pasangan dan kumpulan. Selain itu, pada kemuncak P&P perlulah mengadakan permainan kecil bagi menguji keseluruhan apa yang diajar dan aktiviti ini menambah minat murid untuk mengikuti P&P.

4. Persediaan mengajar

4.1 SEGAK

4.1.1 SEGAK adalah standart Kecergasan Fizikal bertujan untuk melihat kecergasan murid-murid dengan menjalankan beberapa aktiviti untuk menguji tahap kecergasan, kekutan otot, daya tahan otot, kardiovaskular dan kelenturan mereka.

4.1.2 Tuan Pengerusi ada menyatak ujian SEGAK ini lebih mudah dilakukan setelah pembelian alatan untuk mengukur tahap keupayaan murid-murid.

4.1.3 SEGAK dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos.

4.1.4 Segak dijalankan untuk murid tahun 4 hingga tahun 6.

4.1.5 Murid perlu menggunakan pakaian sukan yang lengkap untuk menjalankan ujian ini.

4.2 Peraturan Stor Sukan dan rekod

4.2.1 Tuan Pengerusi memperingatkan kepada guru apabila meminta bantuan murid semasa menghantar atau mengambil alatan perlulah menemani murid dan paling ramai untuk murid mengambil atau memulangkan alatan adalah seramai 3 orang. Guru juga mestilah bersama murid pada ketika itu.

4.2.2 Guru juga diminta untuk merekodkan setiap kali penggunaan alatan sukan.

4.2.3

4.3 Giliran penyediaan kertas soalan

TAHUN

SEMESTER 1

SEMESTER 2

Tahun 1

En. Zairami

En. Norizan

Tahun 2

En. Wan Khairulfairuz

En. Wan Khairulfairuz

Tahun 3

En. Zairami

En. Zairami

Tahun 4

En. Wan Khairulfairuz

En. Wan Khairulfairuz

Tahun 5

En. Norizan

En. Norizan

Tahun 6

En. Norizan

En. Zairami

5. Hal-hal lain

5.1 Peringatan oleh Tuan Pengerusi tentang pemilihan atlet untuk mewakili daerah Bintulu di Stadium Bintulu pada 10 Feb 2012.

5.2 Perbincangan untuk mengadakan gotong-royong untuk mengemas stor sukan dan pemilihan atlet olahraga SK Jepak pada 3 Feb 2012.

5.3 En. Zairami mencadangkan bahawa permakahan untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dinilai dengan 70% berdasarkan peperiksaan dan 30% adalah penglibatan murid dalam waktu P&P contohnya dari segi pemakaian. Ini untuk berlaku adil bagi murid yang aktif dalam P&P.

5.4 Cadangan untuk melakukan larian terbuka kepada semua murid tahun 4 hingga 6. System ‘check point’ akan dibuat. Setiap check point, murid akan diberi gelang getah yang berwarna bertujuan untuk mengelak penipuan.

5.5 Perbincangan untuk berkolaborasi dengan panitia lain seperti Kajian Tempatan dan Musik untuk melakukan aktiviti iaitu pertandingan melukis poster, mencari harta karun, kuiz kesihatan dan sebagainya.

Mesyuarat ditangguhkan kira-kira 2.00 petang. Tuan Pengerusi mengingatkan ahli sekiranya terdapat sebarang masalah bolehlah berbincang terus dengan beliau. Tuan Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas kesudian ahli menghadiri perjumpaan untuk kali pertama ini.

Disedikan oleh,

………………………………………

(ENCIK WAN KHAIRULFAIRUZ

BIN WAN KHALID)

Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani

Dan Kesihatan

Disahkan oleh,

…………………………………

(ENCIK NORIZAN BIN JAIDI)

Pengerusi Panitia Pendidikan Jasmani

Dan Kesihatan

No comments: