Bukti penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto
seorang “pakar air” dari Jepun.
Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan.
Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut
apa yang diucapkan ke atas air tersebut.
Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma
Telekom Semarak, pada tahun lepas pernah menceritakan penemuan ini. Beliau
memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh
seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah
ditunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop
khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan
sebagainya. Ada
pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian
hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar,
bertanduk dan sebagainya.
Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik
bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi,
bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal
pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin
meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh
pakar air tersebut. Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di
atas pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral
masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil
kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk
seolah-olah seperti tokong cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit
).
Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan
surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin
kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya.
Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak
elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti
sel-sel barah.
Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan
fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan
daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam
ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati
penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa
mudahnya air jampi. Seperti mana yang pernah diamalkan Rasulullah, dan diikuti
oleh ulama-ulama Islam, para ustaz, para imam.
Berikut ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada
mikroskop khas, yang telah didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan
kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya.
No comments:
Post a Comment