WASHINGTON
-- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai
satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah,
menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah
dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh
ke dalam Bumi - dan mereka cuba
menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA
yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and
informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus
diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok".
Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People.
"Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata,
"Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka,
tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa
English". "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai
laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu.
"Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh
berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini
mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka
ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole
tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin
berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah,
berselerak di bawah muka Bumi".
Makhluk itu
mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan.
"Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih
tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka
seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed),
direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"
"Kulit
mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga
keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan
dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka
bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu
juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat
besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang
ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu
ancaman dan terus menyerang beliau".
"Mereka
mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau
bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu".
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan
makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.
"Saya
belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria",
mengikut kata sumber."Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan
mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi".
NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya
mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang
paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".
"Kami
tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam
aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari
ini secara genetiknya ?"
Pakar
berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.
"Mereka
boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki
baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata
penemuan ini telah menimbulkan beberapa
Adakah
makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasaman?
Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki
mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya
adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah
muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu.
Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan
informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah
memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat".
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika
sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu
inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China ,
menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai
pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's
Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar
barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita
tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang,
buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi
samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.
No comments:
Post a Comment