Telah menjadi adat orang Melayu
bahawa setelah ibu melahirkan anak, urinya
akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah dibersihkannya daripada
darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu ianya dibuang begitu
sahaja,tanpa niat-niat yang lain, tidaklah menjadi kesalahan.
Tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu tempat dan kemudian
diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan kemudian diletakkan lampu
disebelah tempat yang ditanam itu, maka itu menyerupai adat agama Hindu.
OrangMelayu meletakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya pandai memasakdan meletakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai menukang. Tetapi itu
zaman dahulu. Zaman sekarang di mana kemahiran anak perempuan bukan lagi
pada masak memasak, tetapi dalam bidang pelajaran, maka apakah kena ditanam
uri itu dengan buku-buku sekolah? Dan kalau anak lelaki pula, apakah
perluditanam komputer bersama uri tersebut? Inilah adat Melayu yang tidak ada logik dan tidak ada gunanya.

Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama pada waktu dahulu, anak itu
akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras atau kunyit. Ini juga
menyerupai Hindu.Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang suka menonton rancanganHindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.
Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan dengan bertepung tawar
danmelontar beras dan sebagainya. Mengapa beras padahal minyak wangi banyak
dijual di kedai? Kerana orang Hindu mempercayai semangat yang ada pada
padi. Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang Hindu dalam memuja
semangat padi. Mereka yang belum berumahtangga dan akan berumahtangga
hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa hendaklah menasihatkan
anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara yang bertentangan dengan
Islam di hari perkahwinan. Kalau kita sudah bersanding dengan upacara ala
Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah atau pendakwah dan hendak
bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai hal ini, orang lain sudah
tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah menunjukkan contoh yang
salah.
Begitu juga tepak sirih yang
biasa digunakan oleh orang Melayu di majlis
akad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang Hindu. Berbincanglah
dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga bakal pasangan anda dan
nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu majlis perkahwinan yang
bercorak Hindu itu. Sebab kalau kita tidak berdakwah, anak-anak kita
nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung dosanya kerana kita telah
mewariskan adat agama syirik!

Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di
atas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan,
orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas
mayatnya. Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur,
bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah
perkuburan.
Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi: "Biar mati anak, jangan mati
adat". Saya rasa pepatah ini berasal daripada orang Hindu juga kerana
mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yang
betulnya: "Biar yang lain terkorban, Islam jangan digadai." Olehkerana
itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini, terutamanya yang tua-tua,
bermati-matian menegakkan adat, walaupun bercanggah dengan Islam, seperti
bersanding di atas pelamin dengan upacara yang bukan-bukan.
Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang Hindu, bagaimanakah kita
boleh mati dalam keadaan Islam? Sedangkan Allah telah berfirman yang
bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali sebagai orang-orang
Islam."
Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah dengan cara Islam,
daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita dikuburkan di bumi.
Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung dengan orang-orang Melayu.
Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang mempengaruhi orang Melayu. Namun
sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan kita daripada sebarang
penyerupaan dengan amalan agama lain. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum itu."
Dalam riwayat yang lain:
"..........dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yang
diserupainya)."
Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa perlu ditokok tambah atau
dibuang atau diubah.
No comments:
Post a Comment