Saturday, July 12, 2014

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JEPAK
 2014
PENGENALAN
Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah sangat penting untuk member peluang kepada murid bagi menonjolkan bakat dan kebolehan mereka dalam sukan.  Selain itu, acara sukan tahunan juga boleh menjalinkan silatulrahim di antara murid, guru, kakitangan sekolah, ibu bapa dan masyarakat.  Kejohanan ini juga memudahkan pihak sekolah untuk mencari altet yang akan bertanding mewakili sekolah untuk kejohanan-kejohanan sukan yang diadakan.

RASIONAL
Kejohanan Olahraga Tahunan ini diadakan untuk memberi pendedahan serta melatih  murid untuk lebih cergas dan mantap di dalam sukan bukan hanya di dalam bidang akademik sahaja.  Rasionalnya juga adalah untuk meningkatkan presatsi sukan sekolah.  Melahirkan murid yang cergas dan cerdas dan mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat.

MATLAMAT
a)    Mencungkil bakat dan menyemai semangat kesukanan dalam diri murid
b)    Melahirkan murid yang cemerlang di dalam akademik seiring dengan kecemerlangan di dalam sukan.
c)    Melahirkan insan yang bersosialisasi secara sihat dengan masyarakat setempat.



OBJEKTIF

a)           Memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat yang terpendam
b)           Meningkatkan lagi pencapaian kokurikulum sekolah
c)            Mengaplikasikan prinsip-prinsip latihan yang saintifik dan bersistematik.
d)           Untuk melahirkan seorang insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,   rohani dan intelek.
e)           Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta sikap positf yang berterusan
melalui penglibatan yang aktif.

SASARAN

Murid Sekolah Kebangsaan kampung Jepak, Bintulu
.........
.........
..........
BERSAMBUNG HEHE

No comments: