Thursday, April 4, 2013

LAPORAN MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KALI PERTAMA 2013


Description: sk jepaklogo2


SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JEPAK ( YBA9102 )
     d/a, PEJABAT PELAJARAN DAERAH BINTULU,
        KM 5, JALAN SULTAN ISKANDAR,
            97000  BAHAGIAN BINTULU.

                                                                               
Telefon:  086 - 201273 / 201921                                       e-mail:                                                             Faks: 086-201784                                                
LAPORAN MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
 KALI PERTAMA 2013

TARIKH        : 15 JAN 2013
MASA                        : 1.30 PETANG
TEMPAT       : 4 MERAH

Kehadiran:

1.      Encik Norizan bin Jaidi
2.      Encik Zairami bin Ibrahim
3.      Encik Wan Khairulfairuz bin Wan Khalid
4.      Encik Mohd Izwan bin Rashid


Agenda:

1.      Kata-kata aluan Tuan Pengerusi. (Encik Norizan bin Jaidi).
2.      Pemilihan Setiausaha Baharu.
3.      Huraian Pengajaran Tahunan dan Harian (selaras).
4.      Pengurusan Stor Sukan.
5.      Pembahagian Penyediaan Soalan Ujian.
6.      Segak / PBS.
7.      Perancangan Aktiviti PJK.
8.      Perkara-Perkara Berbangkit.





PERKARA
1.      Kata-kata aluan Tuan Pengerusi
1.1  Tuan Pengerusi mengucapkan selamat datang ke perjumpaan yang pertama 2013 dan memperkenalkan ahli Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
1.2  Tuan Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada ahli baru iaitu Encik Mohd Izwan bin Rashid
1.3  Tuan Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kerana dapat datang pada petang tersebut.


2.      Pemilihan AJK baru tahun 2013
2.1  Tuan Pengerusi meminta pandangan untuk memilih setiausaha baru pada tahun 2013. Encik Mohd Izwan bin Rashid mencadangkan mengekalkan setiausaha sebelum ini bagi mumudahkan kerja.
2.2  Encik Wan Khairulfairuz bin Wan Khalid dikekalkan sebagai Setiausaha Panatia PJK bagi tahun 2013dan diterima sebulat suara oleh ahli yang lain.

3.      HURAIAN PENGAJARAN TAHUNAN DAN HARIAN (SELARAS).
3.1  Tuan Pengerusi menerangkan tentang rancangan pengajaran harian (RPH) yang perlu dibuat setiap guru. Cara penulisan RPH perlulah selaras bagi tujuan penyelarasan apabila dipantau pihak atasan. Bagi tahun 4 hingga tahun 6 rancangan pengajaran masih sama iaitu menggunakan format KBSR seperti tahun sebelumnya. Manakala bagi tahun 1, 2 dan 3 menggunakan format baru iaitu KSSR.
3.2  Bagi rancangan pengajaran untuk tahun 1, 2 dan 3, terdapat perbezaan sedikit kerana telah menggunakan sukatan pelajaran baru iaitu Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR).
3.3  Tuan Pengerusi telah menerangkan serba sedikit tentang rancangan pengajaran harian KSSR dengan menunjukkan beberapa contoh.
3.4  Tuan Pengerussi juga menerangkan bahawa rancangan pengajaran harian untuk KSSR mempunyai standart kandungan, pembelajaran, elemen EMK dan refleksi hendaklah jelas serta teliti dan beberapa penekanan elemen iaitu keusahwanan bersertakan contoh situasi iaitu persaingan dikalangan murid. Selain itu jumlah kehadiran murid perlu dicatatkan didalam RPH.


3.5  Tuan Pengerusi ada juga menerangkan tentang objektif RPH yang perlu dicapai iaitu bagi subjek Pendidikan Jasmani melibatkat psikomotor, kognitif dan afektif. Manakala bagi subjek Pendidikan Kesihatan hanya melibatkan kognitif dan afektif. Untuk psikomotor perlulah jelas seperti menyatakan bilangan percubaan, jarak dan teknik yang betul digunakan. Bagi kognitif adalah pemahaman intelektual murid dalam pembelajaran. Manakala afeknif adalah nilai-nilai moral yang positif yang diterapkan kepada murik semasa beraktiviti. Objektid ini diguna pakai bg RPH KBSR tetapi bagi KSSr perlu merujud panduan pengajaran guru.
3.6  Selain objektif, Tuan pengerusi juga menyatakan tentang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu aktiviti permanasan badan perludisingkatkan dan diubahsuai. Ini kerana waktu P&P berjalan selama 30 minit sahaja.
3.7  Penulisan refleksi perlu diambil berat kerana pada sebelum ini pihak PPD  (Pn. Mordiana) datang memantau dan menegur tentang refleksi. Ini terjadi kerana refleksi sudah disiapkan (bertaip) sebelum P&P berlaku. Penulisan refleksi perlu meyatakan berapa orang memahami dan menguasai apa yang diajar.
3.8  Instrumen Penilaian perlu dilakukan. Tuan Pengerusi mencadangkan untuk membuat salinan yang banyak untuk digunapakai ramai dan pada tahun seterusnya. Eviden perlu disimpan di dalama fail.

4.      PENGURUSAN STOR SUKAN.

4.1  Tuan Pengerusi mencadangkan setiap guru bertugas pada hari yang 
ditetapkan. Pada permulaan guru bebas memilih hari. Tugasnya amat mudah guru yang bertugas perlu memastikan Stor Sukan berkunci sebelum balik dan peralatan disusun dengan kemas.
4.2  Berikut adalah Jadual Pengurusan Stor Sukan
Hari
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Nama Guru
Norizan



/
Zairami


/

Fairuz

/


Izwan
/




4.3  Selain itu Tuan Pengerusi akan menyediakan buku log bagi memastikan setiap
barang yang dikeluarkan direkod.


4.4  Tuan Pengerusi memperingatkan kepada guru apabila meminta bantuan murid semasa menghantar atau mengambil alatan perlulah menemani murid dan paling ramai untuk murid mengambil atau memulangkan alatan adalah seramai 3 orang. Guru juga mestilah bersama murid pada ketika itu.
4.5  Guru juga diminta untuk merekodkan setiap kali penggunaan  alatan sukan.
4.6  Encik Zairami mencadangkan Stor Sukan dilengkapi lampu kerana terlalu gelap. 
Tuan pengerusi akan memaklumkan kepada juruteknik sekolah.
4.7  Tuan pengerusi menetapkan tarikh gotong royong menemas stor sukan. Ini kerana
Stor Kokurikulum sudah siap dan selepas ini peralatan tersebut diasingkan. Tarikh gotong royong ditetapkan pada 2 Feb 2013. Ini kerana Guru Penolong Kanan 1 ada meyatakan pada mesyuarat Kakitangan yang lepas iaitu mahukan bilik yang ceria.
5.      PEMBAHAGIAN KERTAS SOALAN.
5.1  Pembahagian untuk membuat kertas solan dilakukan dengan adil iaitu setiap guru perlu membuat 3 kali kertas soalan dalam tempoh setahun. Berikut adalah jadual pembahagian kertas soalan.
Tahun
1
2
3
4
5
6
Ujian
Satu
Zairami
Norizan
Fairuz
Izwan
Zairami
Fairuz
Dua
Fairuz
Izwan
Norizan
Zairami
Norizan
Izwan

5.2  Penyediaan kertas soalan perlu seimbang iaitu 50% Pendidikan Jasmani dan
50% Pendidikan kesihatan dan jumlahnya 100%.

6.      SEGAK / PBS.
6.1  SEGAK adalah standart Kecergasan Fizikal bertujan untuk melihat kecergasan murid-murid dengan menjalankan beberapa aktiviti untuk menguji tahap kecergasan, kekutan otot, daya tahan otot, kardiovaskular dan kelenturan mereka.
6.2  uan Pengerusi ada menyatak ujian SEGAK ini lebih mudah dilakukan setelah pembelian alatan untuk mengukur tahap keupayaan murid-murid.
6.3  SEGAK dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos.
6.4  Segak dijalankan untuk murid tahun 4 hingga tahun 6.
6.5  Murid perlu menggunakan pakaian sukan yang lengkap untuk menjalankan ujian ini.

6.6  Guru perlu mengingatkan murid akan kad Ujian SEGAK perlu dibeli oleh murid di koperasi sekolah terutama bagi tahun empat. Bagi tahun lima dan enam perlu meminta daripada guru yang mengajarnya pada tahun lepas.
6.7  Perkara-perkara berkaitan SEGAk ini lebih ditekankan kepad Encik Mohd Izwan kerana beliau merupakan guru PJK baharu.
6.8  Berkaitan PBS Tuan Pengerusi meyatakan sudah dimaklumkan pada mesyuarat kurikulum.

7.      PERANCANGAN AKTIVITI PJK.
7.1  Tuan Pengerusi memminta cadanagn daripada setiap guru bagi menjalankan
aktiviti PJK.
7.2  Berikut adalah cadangan aktiviti dan dipersetujui oleh setiap ahli PJK.
7.2.1        Bulan Hidup Sihat ( Bertemakan: WARGA JEPAK AKTIF MURID
PRODUKTIF)
7.2.1.1  Merentas Desa
7.2.1.2  Pesta Permainan.
7.2.1.3  Pertandingan Mencipta Permainan.
7.2.1.4  Pertandingan Senamrobik
7.2.1.5  Pertandingan poster/banner Gaya Hidup Sihat
7.2.1.6  Who want to be healthy?


8.      Hal-hal lain/ hal-hal berbangkit
8.1  Peringatan oleh Tuan Pengerusi tentang pemilihan atlet untuk mewakili sekolah perlu dilakukan awal dan latihannya perlu dikerapkan. Dengan ini pembahagian jadual dilakukan. Ini kerana SK Kampung Jepak mensasarkan murid sekolah ini sekurang-kurangnya mewakili Bintulu atau Zon Kemena seramai 6 orang. Hal ini terjadi kerna sekolah ini kurang menyerlah dari segi akademik, jadi PKKo ingin sekolah ini naik dan terkenal dari segi sukan. Berikut adalah jadual pembahagian latihan athlet SK Kampung jepak.

Balapan
Lompat Jauh
Lontar Peluru
Lompat Tinggi
Norizan
Fairuz
Zairami
Izwan




8.2  Tuan Pengerusi mengingatkan akan pemantauan buku latihan murid secara
berkala dilakukan setiap kelas yang diajar. Setiap guru subjek PJK mesti memilih 10 buah buku latihan disetiap kelas yang diajar dan di hantar kepada Panintia PJK bagi pemeriksaan. Berikut adalah jadual bagi pemantauan buku latihan.

Bulan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogos
Sept
Okt
Tahun
6
5
4
3
2
1
6
5
4

Mesyuarat ditangguhkan kira-kira 2.30 petang. Tuan Pengerusi mengingatkan ahli sekiranya terdapat sebarang masalah bolehlah berbincang terus dengan beliau. Tuan Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas kesudian ahli menghadiri perjumpaan untuk kali pertama ini.

Disediakan oleh,


………………………………………
(ENCIK WAN KHAIRULFAIRUZ
BIN WAN KHALID)
Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani
Dan Kesihatan
Disahkan oleh,


…………………………………
(ENCIK NORIZAN BIN JAIDI)
Pengerusi Panitia Pendidikan Jasmani
Dan Kesihatan

No comments: