SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JEPAK
( YBA9102 )
d/a, PEJABAT PELAJARAN DAERAH BINTULU,
KM 5, JALAN SULTAN ISKANDAR,
97000 BAHAGIAN BINTULU.
Telefon: 086 -
201273 / 201921 e-mail: Faks: 086-201784
LAPORAN MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
KALI PERTAMA 2013
TARIKH : 15 JAN
2013
MASA :
1.30 PETANG
TEMPAT : 4 MERAH
Kehadiran:
1.
Encik Norizan bin Jaidi
2.
Encik Zairami bin Ibrahim
3.
Encik Wan Khairulfairuz bin Wan Khalid
4.
Encik Mohd Izwan bin Rashid
Agenda:
1.
Kata-kata aluan Tuan Pengerusi. (Encik Norizan bin Jaidi).
2.
Pemilihan Setiausaha Baharu.
3.
Huraian Pengajaran Tahunan dan Harian (selaras).
4.
Pengurusan Stor Sukan.
5.
Pembahagian Penyediaan Soalan Ujian.
6.
Segak / PBS.
7.
Perancangan Aktiviti PJK.
8.
Perkara-Perkara Berbangkit.
PERKARA
1.
Kata-kata aluan Tuan
Pengerusi
1.1
Tuan Pengerusi mengucapkan selamat datang ke perjumpaan yang
pertama 2013 dan memperkenalkan ahli Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
1.2
Tuan Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada ahli
baru iaitu Encik Mohd Izwan bin Rashid
1.3
Tuan Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
ahli kerana dapat datang pada petang tersebut.
2.
Pemilihan AJK baru tahun
2013
2.1
Tuan Pengerusi meminta pandangan untuk memilih setiausaha
baru pada tahun 2013. Encik Mohd Izwan bin Rashid mencadangkan mengekalkan
setiausaha sebelum ini bagi mumudahkan kerja.
2.2
Encik Wan Khairulfairuz bin Wan Khalid dikekalkan sebagai
Setiausaha Panatia PJK bagi tahun 2013dan diterima sebulat suara oleh ahli yang
lain.
3.
HURAIAN PENGAJARAN TAHUNAN
DAN HARIAN (SELARAS).
3.1
Tuan Pengerusi menerangkan tentang rancangan pengajaran
harian (RPH) yang perlu dibuat setiap guru. Cara penulisan RPH perlulah selaras
bagi tujuan penyelarasan apabila dipantau pihak atasan. Bagi tahun 4 hingga
tahun 6 rancangan pengajaran masih sama iaitu menggunakan format KBSR seperti
tahun sebelumnya. Manakala bagi tahun 1, 2 dan 3 menggunakan format baru iaitu
KSSR.
3.2
Bagi rancangan pengajaran untuk tahun 1, 2 dan 3, terdapat
perbezaan sedikit kerana telah menggunakan sukatan pelajaran baru iaitu
Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR).
3.3
Tuan Pengerusi telah menerangkan serba sedikit tentang
rancangan pengajaran harian KSSR dengan menunjukkan beberapa contoh.
3.4
Tuan Pengerussi juga menerangkan bahawa rancangan pengajaran
harian untuk KSSR mempunyai standart kandungan, pembelajaran, elemen EMK dan
refleksi hendaklah jelas serta teliti dan beberapa penekanan elemen iaitu
keusahwanan bersertakan contoh situasi iaitu persaingan dikalangan murid.
Selain itu jumlah kehadiran murid perlu dicatatkan didalam RPH.
3.5
Tuan Pengerusi ada juga menerangkan tentang objektif RPH yang
perlu dicapai iaitu bagi subjek Pendidikan Jasmani melibatkat psikomotor,
kognitif dan afektif. Manakala bagi subjek Pendidikan Kesihatan hanya
melibatkan kognitif dan afektif. Untuk psikomotor perlulah jelas seperti
menyatakan bilangan percubaan, jarak dan teknik yang betul digunakan. Bagi
kognitif adalah pemahaman intelektual murid dalam pembelajaran. Manakala
afeknif adalah nilai-nilai moral yang positif yang diterapkan kepada murik
semasa beraktiviti. Objektid ini diguna pakai bg RPH KBSR tetapi bagi KSSr
perlu merujud panduan pengajaran guru.
3.6
Selain objektif, Tuan pengerusi juga menyatakan tentang
aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu aktiviti permanasan badan
perludisingkatkan dan diubahsuai. Ini kerana waktu P&P berjalan selama 30
minit sahaja.
3.7
Penulisan refleksi perlu diambil berat kerana pada sebelum
ini pihak PPD (Pn. Mordiana) datang
memantau dan menegur tentang refleksi. Ini terjadi kerana refleksi sudah
disiapkan (bertaip) sebelum P&P berlaku. Penulisan refleksi perlu meyatakan
berapa orang memahami dan menguasai apa yang diajar.
3.8
Instrumen Penilaian perlu dilakukan. Tuan Pengerusi
mencadangkan untuk membuat salinan yang banyak untuk digunapakai ramai dan pada
tahun seterusnya. Eviden perlu disimpan di dalama fail.
4. PENGURUSAN
STOR SUKAN.
4.1
Tuan Pengerusi mencadangkan setiap guru bertugas pada hari
yang
ditetapkan. Pada permulaan guru bebas memilih hari.
Tugasnya amat mudah guru yang bertugas perlu memastikan Stor Sukan berkunci
sebelum balik dan peralatan disusun dengan kemas.
4.2
Berikut adalah Jadual Pengurusan Stor Sukan
Hari
|
Isnin
|
Selasa
|
Rabu
|
Khamis
|
Nama Guru
|
Norizan
|
|
|
|
/
|
Zairami
|
|
|
/
|
|
Fairuz
|
|
/
|
|
|
Izwan
|
/
|
|
|
|
4.3
Selain itu Tuan Pengerusi akan menyediakan buku log bagi
memastikan setiap
barang yang dikeluarkan direkod.
4.4
Tuan Pengerusi memperingatkan kepada guru apabila meminta
bantuan murid semasa menghantar atau mengambil alatan perlulah menemani murid
dan paling ramai untuk murid mengambil atau memulangkan alatan adalah seramai 3
orang. Guru juga mestilah bersama murid pada ketika itu.
4.5
Guru juga diminta untuk merekodkan setiap kali
penggunaan alatan sukan.
4.6
Encik Zairami mencadangkan Stor Sukan dilengkapi lampu kerana
terlalu gelap.
Tuan pengerusi akan memaklumkan kepada juruteknik
sekolah.
4.7
Tuan pengerusi menetapkan tarikh gotong royong menemas stor
sukan. Ini kerana
Stor Kokurikulum sudah siap dan selepas ini peralatan
tersebut diasingkan. Tarikh gotong royong ditetapkan pada 2 Feb 2013. Ini
kerana Guru Penolong Kanan 1 ada meyatakan pada mesyuarat Kakitangan yang lepas
iaitu mahukan bilik yang ceria.
5.
PEMBAHAGIAN KERTAS SOALAN.
5.1
Pembahagian untuk membuat kertas solan dilakukan dengan adil
iaitu setiap guru perlu membuat 3 kali kertas soalan dalam tempoh setahun.
Berikut adalah jadual pembahagian kertas soalan.
Tahun
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Ujian
|
Satu
|
Zairami
|
Norizan
|
Fairuz
|
Izwan
|
Zairami
|
Fairuz
|
Dua
|
Fairuz
|
Izwan
|
Norizan
|
Zairami
|
Norizan
|
Izwan
|
5.2
Penyediaan kertas soalan perlu seimbang iaitu 50% Pendidikan
Jasmani dan
50% Pendidikan kesihatan dan jumlahnya 100%.
6.
SEGAK / PBS.
6.1
SEGAK adalah standart Kecergasan Fizikal bertujan untuk
melihat kecergasan murid-murid dengan menjalankan beberapa aktiviti untuk
menguji tahap kecergasan, kekutan otot, daya tahan otot, kardiovaskular dan
kelenturan mereka.
6.2
uan Pengerusi ada menyatak ujian SEGAK ini lebih mudah
dilakukan setelah pembelian alatan untuk mengukur tahap keupayaan murid-murid.
6.3
SEGAK dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan
Ogos.
6.4
Segak dijalankan untuk murid tahun 4 hingga tahun 6.
6.5
Murid perlu menggunakan pakaian sukan yang lengkap untuk
menjalankan ujian ini.
6.6
Guru perlu mengingatkan murid akan kad Ujian SEGAK perlu
dibeli oleh murid di koperasi sekolah terutama bagi tahun empat. Bagi tahun
lima dan enam perlu meminta daripada guru yang mengajarnya pada tahun lepas.
6.7
Perkara-perkara berkaitan SEGAk ini lebih ditekankan kepad
Encik Mohd Izwan kerana beliau merupakan guru PJK baharu.
6.8
Berkaitan PBS Tuan Pengerusi meyatakan sudah dimaklumkan pada
mesyuarat kurikulum.
7.
PERANCANGAN AKTIVITI PJK.
7.1
Tuan Pengerusi memminta cadanagn daripada setiap guru bagi
menjalankan
aktiviti PJK.
7.2
Berikut adalah cadangan aktiviti dan dipersetujui oleh setiap
ahli PJK.
7.2.1
Bulan Hidup Sihat ( Bertemakan: WARGA JEPAK AKTIF MURID
PRODUKTIF)
7.2.1.1
Merentas Desa
7.2.1.2
Pesta Permainan.
7.2.1.3
Pertandingan Mencipta Permainan.
7.2.1.4
Pertandingan Senamrobik
7.2.1.5
Pertandingan poster/banner Gaya Hidup Sihat
7.2.1.6
Who want to be healthy?
8.
Hal-hal lain/ hal-hal
berbangkit
8.1
Peringatan oleh Tuan Pengerusi tentang pemilihan atlet untuk
mewakili sekolah perlu dilakukan awal dan latihannya perlu dikerapkan. Dengan
ini pembahagian jadual dilakukan. Ini kerana SK Kampung Jepak mensasarkan murid
sekolah ini sekurang-kurangnya mewakili Bintulu atau Zon Kemena seramai 6
orang. Hal ini terjadi kerna sekolah ini kurang menyerlah dari segi akademik,
jadi PKKo ingin sekolah ini naik dan terkenal dari segi sukan. Berikut adalah
jadual pembahagian latihan athlet SK Kampung jepak.
Balapan
|
Lompat Jauh
|
Lontar Peluru
|
Lompat
Tinggi
|
Norizan
|
Fairuz
|
Zairami
|
Izwan
|
8.2
Tuan Pengerusi mengingatkan akan pemantauan buku latihan
murid secara
berkala dilakukan setiap kelas yang diajar. Setiap
guru subjek PJK mesti memilih 10 buah buku latihan disetiap kelas yang diajar
dan di hantar kepada Panintia PJK bagi pemeriksaan. Berikut adalah jadual bagi
pemantauan buku latihan.
Bulan
|
Feb
|
Mac
|
Apr
|
Mei
|
Jun
|
Jul
|
Ogos
|
Sept
|
Okt
|
Tahun
|
6
|
5
|
4
|
3
|
2
|
1
|
6
|
5
|
4
|
Mesyuarat ditangguhkan
kira-kira 2.30 petang. Tuan Pengerusi mengingatkan ahli sekiranya terdapat
sebarang masalah bolehlah berbincang terus dengan beliau. Tuan Pengerusi juga mengucapkan
terima kasih atas kesudian ahli menghadiri perjumpaan untuk kali pertama ini.
Disediakan oleh,
………………………………………
(ENCIK WAN KHAIRULFAIRUZ
BIN WAN KHALID)
Setiausaha Panitia
Pendidikan Jasmani
Dan Kesihatan
|
Disahkan oleh,
…………………………………
(ENCIK NORIZAN BIN
JAIDI)
Pengerusi Panitia
Pendidikan Jasmani
Dan Kesihatan
|